.

.


HUBUNGI PUAN NORSIAH


011 1777 5744


About Us

SELAMAT DATANG / WELCOME


SUDAH BERNIAGA ONLINE SEMENJAK 2007 LAGI. 

Ke Rangkaian Borong Online www.syokbeli.com . Kami SYOKBELI BIZ adalah syarikat yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia ( rujuk pada sijil ) . Di sini kami menjual pelbagai jenis produk bayi secara terus dan borong seperti Cloth Diapers atau dikenali juga sebagai lampin jimat moden dengan harga yang berpatutan. Semua cloth diapers yang di import dari luar negara oleh kami adalah jenis berkualiti dan memang terkenal di pasaran Eropah. Brand - brand ini sebenarnya adalah untuk Pasaran USA ,UK dan sebahagian negara Eropah.Buat masa ini 3 brand yang menjadi pilihan kami iaitu Brand Sweetdoll Baby , Bb Syok, Weegro , Happy Flute dan Ekonomi Cd . Pemilihan Brand - brand ini, kerana kami mahu ibu - ibu di Malaysia membeli produk - produk yang terbaik dan bermutu tinggi agar ia setanding dengan kehendak para ibu di Eropah yang mementingkan kualiti barangan untuk baby mereka.

Sebelum ini , kami juga pernah membekal beberapa jenis brand lain yang agak famous serta murah dijual di pasaran Malaysia, tetapi di sebabkan ada beberapa masalah so kami hentikan buat sementara waktu untuk brand - brand tersebut walaupun mendapat permintaan tinggi dari pelanggan dan pengedar.

Akhirnya kami maintain brand -brand tersebut kerana ia menepati kehendak kualiti Cloth diapers untuk pengguna Asia ditambah pula ia menjadi pilihan ibu - ibu di UK dan USA ( cuba survey di internet ) . Oleh itu kualitinya tentulah yang terbaik sehingga ia diterima pakai di negara sana. Harga yang kami tawarkan di Syokbeli Biz pula mampu di beli oleh ibu - ibu . Bak kata orang, biarlah harganya lebih sedikit RM10 asalkan ia baik, berkualiti dan tahan lama. Paling penting anak kita mendapat sesuatu yang terbaik demi keselesaan mereka.

" Kami tidak mahu, para pembeli terutama ibubapa membeli Cloth diapers yang kualitinya tidak baik kerana ia akan mengecewakan pula akhirnya . Ini satu pembaziran "

Oleh itu nasihat kami kepada para ibu di Malaysia yang baru berjinak2 dengan cloth diapers agar " Pastikan Membeli Brand Yang Baik Kualitinya Bukan Tengok Pada Harganya ". Di Malaysia juga banyak brand2 yang baik dan menjadi pilihan kebanyakan ibu - ibu.

Pengalaman SyokBeli Biz
SyokBeli Biz telahpun menjalankan perniagaan Online bermula dari tahun 2006 lagi. Produk Online kami pertama ialah Minyak Wangi Egyptian Potion atau di kenali sekarang One Drop Perfumes (ODP ). Anda boleh rujuk di www.iklanremaja.blogspot.com . Pada masa itu , kamilah antara blog yang paling aktif menjual ODP kerana Syarikat One Drop Perfumes masih belum ada lagi Web Rasmi tambahan pula tidak ramai peniaga online menjual produk tersebut. Alhamdullilah ia mendatangkan profit yang baik kepada kami kerana persaingan semasa itu sangat kurang. Malahan kami telah banyak belajar cara pemasaran secara internet dan mengetahui kehendak pelanggan yang membeli secara Online.

Namun bermula tahun 2007 pula , saya bersama adik saya Puan Ija ( Bizmom Dot Com ) telah bersama - sama menceburi bidang Cloth Diapers yang menjual secara online . Nampaknya ia semakin diminati pula. Selepas itu barulah kami mula import sendiri pelbagai jenama Cloth diaper yang terdapat di pasaran dengan kuantiti yang kecil dahulu. Semasa itu banyak cabaran yang dilalui seperti peningkatan kos penghantaran , barang di tahan , Prosedur kastam , cas - cas tersembunyi dan penipuan supplier - supplier dari luar negara. Janji di web mereka macam - macam. Semuanya bagus tapi bila dah bayar , barang pula tak sampai2. Akhirnya mereka menghilangkan diri . Itulah paling kami takuti.

Apapun sepanjang 4 tahun terlibat dengan Online Biz , ia telah mengajar kami agar menjalankan urusniaga Online dengan lebih berkesan bagi mendapat kepercayaan daripada para pelanggan. Paling penting ialah Kejujuran , Amanah & Kepercayaan adalah kunci utama dalam perniagaan secara internet ini. Nasihat kami kepada pembeli " Berhati - Hati Membeli Secara Online " lebih - lebih lagi membeli barangan dari luar negara. Kebanyakkan mereka PENIPU . Nampak jer macam syarikat besar tapi hanya kaburi kita dengan gambar - gambar sahaja. Terima kasih buat semua pelanggan yang mempercayai kami selama 4 tahun ini . Kepercayaan anda itu sangat kami hargai.
( Sijil Perniagaan SyokBeli Biz )

( Pek Barang untuk di hantar pada customer )





Makluman :
Kami menggunakan Pos Express iaitu Pos Laju, GDEX Express dan E - Parcel ( lebih murah untuk Sabah Sarawak ). So anda tidak perlu menunggu terlalu lama untuk mendapatkan tempahan tersebut. Biasa Pos Laju / Gdex dalam 2 - 3 hari boleh sampai malahan ada yang terima parcel tak sampai tempoh dalam 24 jam ( semenanjung ). Namun ia bergantung pada lokasi penerima dan hari bekerja. Pembayaran yang di buat sebelum 7 pm, barang akan dihantar pada hari ke esokkannya. Rujuk carta penghantaran Syokbeli Biz.

Tiada ulasan: